Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Saya tidak akan layan permintaan yang gugat kestabilan negara’

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memberitahu ahli parlimen dari pihak kerajaan mahupun pembangkang  bahawa baginda tidak akan melayan sebarang permintaan untuk menjatuhkan kerajaan.

Dalam titah baginda semasa merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, hari ini, katanya, semua pihak perlu menghormati kerajaan perpaduan yang telah dibentuk.

“Ingin saya tegaskan di sini, yang saya tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara.

“Semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati kerajaan perpaduan yang telah dibentuk.

“Jika ada hendak bermain politik, tunggulah masa pilihan raya yang akan datang,” titah Seri Paduka.

Sultan Ibrahim juga menggesa semua ahli parlimen tanpa mengira parti masing-masing untuk bekerjasama ke arah membina negara dan berkhidmat kepada rakyat.

Titah baginda, sebarang kegagalan ataupun kejayaan bukan terletak di bahu perdana menteri sahaja malah semua 222 ahli Parlimen yang diamanahkan oleh rakyat perlu sama memikul tanggungjawab itu.

"Semua 222 ahli Dewan Rakyat telah diamanahkan oleh rakyat sebagai wakil mereka dalam kerajaan.

"Semua pihak sedia maklum bahawa keutamaan saya adalah keadaan hidup lebih 33 juta rakyat Malaysia di luar sana.

"Oleh itu, saya berharap semua ahli Yang Berhormat akan menumpukan usaha membela nasib hidup mereka dan bukannya untuk kepentingan parti politik dan diri sendiri," titah baginda.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS