Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kian Ming tegur Anwar: Cerita ‘sakau’ sudah basi
Diterbitkan:  Feb 26, 2024 5:56 PM
Dikemaskini: 10:02 AM

Bekas ahli parlimen DAP Ong Kian Ming membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana masih membangkitkan isu "sakau" selepas setahun mentadbir negara ini.

"Saya rasa cerita ini sedikit basi selepas lebih setahun sebagai kerajaan," tulisnya di media sosial.

Terdahulu Anwar dilaporkan berkata, kerajaan terus boleh bantu rakyat kalau “wang yang disakau” tokoh tertentu dipulangkan.

Tegas perdana menteri jumlah yang dicuri bukannya sedikit, membabitkan nilai berbilion ringgit sedangkan mereka berdegar-degar mendakwa sebagai pejuang Melayu.

Ong Kian Ming

Jelasnya, wang yang dicuri itu menyebabkan kerajaan terbantut dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat secara berkesan.

Sementara itu, Ong menjelaskan kepada Malaysiakini, Anwar dan kerajaan harus fokus kepada reformasi yang dijanjikan.

"PMX dan kerajaan perpaduan harus memberi tumpuan kepada menjayakan reformasi politik dan institusi yang sebenarnya.

"Sebagai contoh, bilakah pengisytiharan aset oleh menteri, timbalan dan ahli parlimen akan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada meningkatkan ketelusan?" katanya.

Jelasnya lebih setahun selepas kerajaan perpaduan ditubuhkan, sesuatu yang mudah seperti ini belum dapat dilaksanakan lagi.

Awal bulan lepas, Anwar berkata format baru pengisytiharan aset sedang dirangka untuk menggalakkan ketelusan.

Garis panduan baru juga telah diberi kelulusan untuk memastikan pelantikan badan berkanun tidak terbabit dalam rasuah.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS