Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K'jaan akan perjelas dakwaan IJN discaj penjawat awam
Diterbitkan:  Feb 26, 2024 10:21 PM
Dikemaskini: 7:04 PM

Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan dakwaan bahawa Institut Jantung Negara telah discaj keluar semua penjawat awam dan pesara sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan kos.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan melalui maklum balas ringkas kepada NST berkata sama ada kementerian atau menteri Dzulkefly Ahmad akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

"Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan ketika dihubungi, berkata KKM akan menjelaskan perkara itu tidak lama lagi.

"Kementerian, (atau) Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad) akan beri maklum balas tidak lama lagi.

“Tak lama lagi, Insya-Allah," katanya kepada NST.

Awal hari ini portal berita kesihatan CodeBlue menerbitkan surat daripada seorang pesara yang tidak dinamakan yang mendakwa telah dikeluarkan dari IJN selepas menerima penjagaan rapi.

Penulis mendakwa dia diberitahu oleh doktor di institut jantung itu bahawa mereka mengikut arahan Kementerian Kesihatan supaya penjawat awam dan pesara dibenarkan keluar ke pusat jantung kerajaan.

IJN pada satu kenyataan tahun lepas memaklumkan pekeliling kerajaan dari 2002 mewajibkan pesakit di institut itu yang merupakan pesara atau penjawat awam dirujuk semula ke hospital kerajaan 12 bulan selepas menjalani prosedur atau pembedahan.

IJN dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan tetapi beroperasi sebagai kemudahan kesihatan swasta.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS