Ramasamy: Sanggah Teo cara ilmiah, bukan guna polis
Walaupun berbeza pandangan, P Ramasamy tidak setuju polis diheret sama susulan kritikan ahli akademik Teo Kok Seong terhadap sekolah Cina dan India.
Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang menyatakan pendirian itu selepas Teo disiasat polis kerana mendakwa sekolah vernakular menyemai benih perkauman.
Ramasamy, bekas pemimpin DAP yang kini menubuhkan parti India Urimai, berkata kerajaan patut melibatkan Teo dalam wacana ilmiah.
“Teo mungkin seorang bekas ahli akademik, tetapi ini tidak bermakna kita setuju dengan dia. Kenyataan dia berkaitan sekolah vernakular Cina mungkin menyinggung perasaan, tetapi dia ada hak memberikan pandangan.
“Pihak yang menentang pandangannya kena amil tanggungjhawab untuk melawannya secara rasional, lojik dan secara intelektual.
“Laporan polis terhadap Teo tidak akan selesaikan masalah berkaitan bantahan terhadap sekolah vernakular di negara ini,” kata Ramasamy yang juga bekas pensyarah.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail semalam mengesahkan polis telah membuka kertas siasatan terhadap Teo bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan (berita palsu) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (salah guna rangkaian perkhidmatan).
Dalam video TikTok yang disiarkan Merdeka Times milik penceramah Firdaus Wong, Teo mendakwa sekolah vernakular boleh menghalang perpaduan negara kerana pelajar Cina yang kurang cerdik hanya boleh menguasai bahasa Mandarin.
Dakwanya, kumpulan itu enggan berintegrasi dan hanya mempelajari asas bahasa Melayu untuk lulus peperiksaan saja.
Kenyataan itu mengundang bantahan, antaranya oleh anggota parlimen Seputeh Teresa Kok yang menggesa polis menyiasat Teo dan mengecamnya di parlimen.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/11/509fe8079ea44521de283b56666daf3d.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/03/09b804c2629128896a85591daa75df6c.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/11/d2f82837ffa541b016f774391bac31fa.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/03/05cf19696394e8f0bf43fb75d6267594.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/03/72b31b8a143d9bf3b325a27bbb8c9278.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/03/d0fc674a917830745cf1c5360684b187.jpg)