Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Presiden Petronas: Pelantikan Solarvest Eenergy berdasarkan merit
Diterbitkan:  Mar 15, 2024 6:10 PM
Dikemaskini: 10:29 AM

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akur bahawa syarikat minyak dan gas multinasional itu telah melantik syarikat bukan bumiputera bagi pemasangan sistem solar di stesen minyak dan pemilihan itu adalah berdasarkan merit.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz menegaskan bahawa pemilihan berkenaan adalah berdasarkan merit dan terdapat piawaian teknikal yang membawa kepada kontrak siap guna.

“Saya akur bahawa dalam kontrak baru-baru ini memang terdapat satu pakej yang diberikan kepada syarikat Solarvest Energy.

“Oleh itu, kontrak yang diberikan kepada Solarvest Energy ini adalah kontrak siap guna, luar skala, dan perlu diserahkan dalam tempoh masanya.

“Kami perlu menyertakan pemain bumiputera. Bagaimanapun, proses pemilihan tidak membuahkan hasil,” katanya pada sidang media mengenai laporan kewangan Petronas bagi tahun 2023 di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut laporan media baru-baru ini, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menyatakan kekesalan terhadap Petronas yang melantik syarikat bukan bumiputera Solarvest Energy bagi pemasangan sistem solar di 300 stesen minyaknya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS