Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wan Ji bebas hari ini, mulakan hari dengan kuliah Sahih Bukhari
Diterbitkan:  Mar 22, 2024 2:17 PM
Dikemaskini: 7:47 AM

Penceramah Wan Ji Wan Hussin bebas sepenuhnya hari setelah beberapa bulan menjalani hukuman penjara ekoran sabitan kes hasutan yang dikaitkan dengan sultan Selangor pada 2014.

Bekas pegawai kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan perkara itu di media sosialnya hari ini serta berkongsi gambar menyelesaikan urusan pembebasan dengan peguam Saiful Izham Ramli.

Dia bagaimanapun berkata telah keluar penjara pada 1 Januari lalu melalui Program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Januari lalu.

Melalui program itu, katanya, dia dibenarkan keluar penjara tetapi tidak boleh bergerak bebas dan mesti mendapatkan kebenaran untuk kegiatannya.

Di hari pertama pembebasan, Wan Ji antaranya menyambung semula kuliah atas taliannya berkaitan kitab Sahih Bukhari, yang kini sampai ke hadis bernombor 900 lebih.

“(Tarikh) 22 Mac 2024, bebas dan merdeka setelah fikiran dan jasad dijajah dalam penjara,” tulisnya.

Wan Ji dipenjarakan mulai September lalu Mahkamah Rayuan telah gagal membatalkan sabitan kes. 

Mahkamah bagaimanapun mengurangkan hukumannya daripada setahun kepada sembilan bulan.

Tulis syarah, pengenalan kepada kita hadis

Sementara itu, graduan pengajian hadis daripada Pakistan serta al-hafiz itu mendedahkan dia berjaya menghabiskan 30 buah buku dalam penjara

Selain membaca, dia juga, katanya, menulis dua buah buku agama iaitu  syarah terhadap 80 hadis Sahih al-Bukhari serta pengenalan Sunan al-Tarmizi dan istilah-istilah.

Selain itu, katanya, dia juga menulis kisah kerinduan Nabi Yaakub dan Zulaikha terhadap Nabi Yusuf serta sebaliknya dan novel cinta bertajuk Cinta di medan Kashmir

“Kisah percintaan yang terhalang ekoran gerakan Isis, tetapi berjaya disatukan semula kerana antikeganasan. 

Bagaimanapun katanya, buku yang ditulis tangan sehingga bab 72 itu dirampas warden penjara.

Dia juga berkata akan menceritakan pengalaman lanjut dalam penjara dalam acara khas selepas itu.

Bagaimanapun, secara ringkas dia berkata berjaya memujuk seorang banduan daripada membunuh diri serta menyaksikan pengislaman seorang banduan.

Lihat Komen
ADS