Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tindakan tak rasional' - Pemuda PH kecam serangan bom di KK Mart
Diterbitkan:  Mar 30, 2024 4:03 PM
Dikemaskini: 11:39 AM

Pemuda PH menyuarakan kebimbangan berhubung serangan bom kedua di kedai serbaneka KK Mart, yang terjadi di Kuantan, Pahang awal pagi ini.

Dalam kenyataan bersama, ketua Pemuda keempat-empat parti komponen PH berkata sebarang tindakan tidak rasional dan di luar batas undang-undang perlu dikecam.

"Mana-mana pihak yang terus mengapi-apikan dan menunggang isu ini sehingga mengakibatkan berlaku kegiatan ekstremisme dan perbuatan melampau haruslah dihukum mengikut lunas undang-undang sedia ada," kata mereka.

Kenyataan itu dikeluarkan Ketua Pemuda PKR Adam Adli Abdul Halim, Ketua Pemuda DAP Dr Kelvin Yii, Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda dan Ketua Pemuda Upko Felix Joseph Saang.

Selain itu, mereka membangkitkan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar semua pihak berhenti daripada mengambil kesempatan daripada itu tersebut, kerana ia sudah pun memasuki proses undang-undang.

"Maka kami menyeru agak semua pihak tenteram dan biar pihak berkuasa untuk menjalankan tugas dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk meredakan keadaan sebelum ia bertambah parah," kata mereka.

Lihat Komen
ADS