Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kontrak kereta kerajaan: Bos Spanco didakwa di mahkamah esok
Diterbitkan:  Apr 2, 2024 6:02 PM
Dikemaskini: Apr 3, 2024 6:10 AM

Pemilik Spanco Sdn Bhd Robert Tan Hua Choon dijangka hadir ke mahkamah esok berkaitan siasatan terhadap penganugerahan kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan kepada syarikat itu.

Namanya dipaparkan dalam senarai kes yang akan dibawa di depan hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur Suzana Hussin pagi esok.

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan SPRM telah mengumpul bukti yang cukup untuk mendakwa pengarah urusan syarikat yang memegang konsesi pembekalan kenderaan kerajaan.

Laporan itu tidak menamakan nama individu mahupun syarikat itu, namun menyatakan dia seorang pengarah urusan dalam syarikat tersebut dan bergelar Tan Sri.

Laporan itu memetik sumber sebagai berkata, SPRM juga merakam keterangan beberapa saksi penting termasuk seorang bekas menteri kewangan dan individu daripada syarikat tersebut.

Difahamkan syarikat itu mendapat kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan bermula 2022 hingga 2037 dengan nilai RM4.5 bilion.

Terdahulu media melaporkan SPRM telah menyiasat dan menyerbu syarikat dan kediaman usahawan bergelar Tan Sri.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim mengesahkan suspek disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Lihat Komen
ADS