Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Isu stoking: KK Mart patut ambil langkah kurangkan kesan, kata pakar komunikasi

Kontroversi isu stoking yang tertera kalimah Allah telah menjejaskan nama KK Mart, daripada nama yang dikenali ramai kepada sasaran serangan kebencian.

Walaupun pemiliknya telah memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam berkenaan isu ini dan menjelaskan bahawa ia merupakan kesilapan daripada pembekalnya, langkah tersebut tidak banyak membantu menyelamatkannya daripada kempen boikot yang digerakkan oleh beberapa ahli politik.

Namun dalam krisis yang tidak dapat diramalkan seperti ini, seorang pakar dalam komunikasi krisis percaya kedai serbaneka itu sebenarnya boleh menangani situasi dengan lebih baik.

"Satu 'kesilapan', walaupun kesilapan, telah digunakan oleh satu kumpulan berkepentingan untuk mencapai matlamat mereka.

"Ada beberapa langkah yang akan diambil oleh mana-mana pengurus krisis untuk meminimumkan kesan dan menunjukkan penyesalan dalam melaksanakan lebih banyak langkah untuk mengelakkan situasi seperti ini berulang lagi pada masa akan datang.

"Dari saat pertama KK Mart mengetahui tentang situasi tersebut, mereka sendiri sepatutnya telah memaklumkan pihak berkuasa yang berkaitan dan mengambil tindakan terhadap pembekal yang membuat kesilapan," kata pensyarah kanan komunikasi, Roberto Calleja, kepada Malaysiakini.

Menurutnya, meskipun pengasas KK Mart, Chai Kee Kan, telah mengadakan sidang akhbar mengenai perkara itu pada 16 Mac, ia sepatutnya dilakukan dengan lebih pantas.

Menurutnya, tindakan yang dilakukan selepas tiga hari stoking itu ditemui, memperlihatkan syarikat itu hanya memberikan reaksi berbanding mengambil langkah proaktif menyelesaikan isu tersebut.

"Dalam dunia komunikasi kini, tiga hari adalah masa yang sangat- sangat lama di mana kekosongan maklumat dari organisasi ini telah diisi oleh beberapa pihak yang berkepentingan,” katanya.

Menurut Calleja, mengambil tindakan segera terhadap pembekal bukanlah bermakna KK Mart cuba melepaskan diri daripada isu tersebut.

Sebaliknya, katanya, langkah sedemikian akan memberikan jaminan kepada kumpulan yang terlibat bahawa KK Mart komited terhadap standard operasi yang lebih tinggi.

Pengurusan syarikat itu juga sepatutnya mendekati kumpulan yang terkesan, dalam kes ini umat Islam, dan mereka yang memimpin kempen menentang kedai berkenaan.

"KK Mart sepatutnya menunjukkan penyesalan segera dan membuat kenyataan dan tindakan yang jelas di semua cawangan, bukan hanya yang bermasalah.

"Bersama dengan penyesalan, ia boleh menyorot tindakan yang dilaksanakan dan langkah yang diambil untuk menangani perkara tersebut secara langsung.

"Selain itu, KK Mart sepatutnya menghubungi pelbagai organisasi dalam komuniti yang terjejas untuk mengumpulkan semua pihak yang terlibat dan menunjukkan langkah-langkah yang diambil dan langkah-langkah yang dilaksanakan," kata Calleja, yang juga bekas wartawan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS