Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kongsi ‘cerita muhibah kita’
Diterbitkan:  Apr 3, 2024 1:02 PM
Dikemaskini: Apr 30, 2024 4:04 AM

Membaca berita hari ini, memberi gambaran seolah-olah rakyat Malaysia sedang dan semakin berpecah belah.

Malaysiakini mahu membuktikan bahawa ini bukan realiti sebenar.

Melalui kempen foto "Cerita Muhibah Kita" di media sosial, kami ingin berkongsi rakaman saat rakyat berbilang kaum dan agama negara ini berkumpul bersama, baik menyambut pelbagai perayaan, membantu antara satu sama lain mahupun menikmati kehidupan seharian mereka.

Hantarkan foto anda bersama rakan atau keluarga di [email protected] dan ceritakan kepada kami kisah di sebalik foto itu dalam 100 patah perkataan atau kurang.

Peserta yang terpilih akan diberikan langganan percuma Malaysiakini selama sebulan.

Kempen ini akan berlangsung sepanjang April dan berakhir pada 17 Mei.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS