Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
GLOBAL | Beraya awal: Kiai perjelas 'telefon' tuhan hanya istilah
Diterbitkan:  Apr 6, 2024 8:23 PM
Dikemaskini: 12:38 PM

Imam KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau dikenali Mbah Benu tampil memperjelas kenyataannya sebelum ini bahawa dia telah menghubungi ‘Tuhan’ menerusi telefon dan diberitahu tarikh 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat.

Susulan dakwaan anehnya itu, beratus-ratus jemaah Masjid Aolia di Jogjakarta, Indonesia menyambut Hari Raya Aidilfitri semalam.

"(Mengenai kenyataan sebelum ini) tentang menelefon Allah SWT itu sebenarnya hanya istilah.

"Dan yang sebenarnya adalah perjalanan spritual saya kontak batin dengan Allah SWT.


@fokusgunungkidul Hari ini jumat 5 April 2024 , ribuan jamaah aolia Gunungkidul menggelar sholat idul fitri, berikut penuturan pengasuh masjid aolia mbah BENU #gunungkidul #wonosari #viral #aolia #masjid #wonosari ♬ suara asli - Fokusgunungkidul

"Apabila pernyataan saya yang menyinggung atau tidak berkenan saya mohon maaf yang sebesar-besarnya kepada semua pihak," katanya pada hantaran video di Tik Tok.

Berdasarkan Kalendar Hijrah Indonesia terbitan Kementerian Agama, 1 Syawal sepatutnya jatuh pada Rabu 10 April ini, namun pemerintah akan mengumumkan secara rasmi tarikh Hari Lebaran.

Untuk Malaysia, tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 9 April di 29 lokasi di seluruh negara.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan akan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.

Majlis Raja-raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Antara lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal adalah di Pontian Kecil, Johor, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka, Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan, Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Balai Cerap Selangor Sabak Bernam di Selangor serta Pantai Pasir Panjang, Manjong di Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

@fokusgunungkidul Viral di media sosial, terkait jamaah masjid aolia di Gunungkidul Yogyakarta, pada Jumat 5 April 2024 , pimpinan masjid aolia mbah benu meluruskan pernyataan yang viral di media sosial, berikut statement mbah benu yang berhasil di dapatkan oleh admin #gunungkidul #yogyakarta #wonosari #viral #aolia #masjid #idul #fitri ♬ suara asli - Fokusgunungkidul


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS