Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tahun Baru Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - TPM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Tahun Baharu Tamil dan Hari Vishu yang disambut masyarakat Tamil dan Malayali semalam akan membawa permulaan hidup harmoni, kesihatan baik dan rezeki yang melimpah-ruah buat semua yang menyambutnya.

Menerusi hantaran dalam laman Facebook beliau, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.

“Jadikan semangat kebersamaan yang wujud ini untuk kita terus memperkukuh asas perpaduan dalam kalangan kita yang kaya dengan pelbagai latar belakang dan budaya selari dengan citarasa Malaysia MADANI,” katanya.

Beliau turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Tamil dan Hari Vishu kepada seluruh masyarakat Tamil dan Malayali di Malaysia.

Tahun Baharu Tamil ialah hari pertama dalam tahun mengikut kalendar Tamil, manakala Hari Vishu merupakan sambutan tahun baharu bagi kumpulan etnik Malayali dan disambut pada hari pertama bulan Medam dalam kalendar Malayali.

- Bernama

Lihat Komen
ADS