Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Suspek lepas tembakan di KLIA diberkas di Kota Bharu
Diterbitkan:  Apr 15, 2024 4:02 PM
Dikemaskini: 8:44 AM
2

Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana dipercayai terlibat melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) semalam sudah ditahan.

Menurut Bernama yang memetik Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, tangkapan dibuat di Kota Bharu, Kelantan.

Katanya lelaki terbabit diberkas polis kira-kira jam 3 petang ini.

Polis dijangka mengadakan sidang media untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai tangkapan berkenaan.

"Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman atau Ketua Polis Kelantan dalam masa terdekat," kata Razarudin yang dipetik BH Online.

Pada 1.15 pagi semalam, Hafizul Marawi, 38, melepaskan dua das tembakan di dipercayai disasarkan untuk isterinya yang juga seorang pengendali umrah.

Bagaimanapun tembakan tersebut terkena seorang daripada dua pengawal peribadi wanita terbabit yang menyebabkan dia mengalami kecederaan parah.

Hafizul kemudian melarikan diri dari lapangan terbang berkenaan dan pihak polis segera menjalankan usaha menjejak untuk menangkapnya.

Polis Selangor berkata hari ini memberitahu mereka tidak membalas tembakan Hafizul demi mengelakkan ada orang awam terdedah kepada risiko.

Hafizul dikatakan mempunyai rekod jenayah lampau dan sedang dalam proses bercerai.

Lihat Komen
2
ADS