Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PN muktamadkan pemilihan calon KKB pada Isnin
Diterbitkan:  Apr 20, 2024 2:30 PM
Dikemaskini: 6:30 AM

Perikatan Nasional (PN) akan memutuskan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) menerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi pada 5 petang Isnin ini.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata mesyuarat itu akan diadakan di Selangor.

“Kredibiliti calon yang akan dipilih juga akan dibincangkan nanti pada mesyuarat terbabit.

"Calon yang akan dipilih nanti juga adalah individu yang layak dan ada peluang untuk memenangi hati pengundi di kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita seperti dilapor Berita Harian..

Media sebelum ini melaporkan PN masih belum memuktamadkan pemilihan calonnya walaupun sudah menerima senarai calon.

Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris berkata pihaknya sudah mempunyai senarai calon yang dicadangkan untuk PRK itu.

PRK Kuala Kubu Bharu akan diadakan pada 11 Mei berikutan kematian Adun tiga penggal Lee Kee Hiong pada 21 Mac.

Penamaan calon bagi PRK itu akan diadakan pada 27 April, manakala pengundian awal ditetapkan pada 7 Mei.

Kerusi itu mempunyai 18 peratus pengundi India. Pengundi Melayu membentuk 46 peratus, Cina (31 peratus), diikuti kaum lain (lima peratus).

Lihat Komen
ADS