Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pakar bimbang usaha kerajaan guna AI untuk perangi maklumat palsu

Beberapa pakar menyuarakan kebimbangan mengenai usaha kerajaan mewujudkan portal menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk membolehkan orang ramai mengesahkan maklumat yang diterima, menangkis berita fitnah dan memerangi penipuan atau scam.

Menurut pensyarah Benjamin Loh, terdapat kemungkinan besar hal itu sendiri boleh mengakibatkan lebih banyak penyebaran maklumat yang tidak tepat.

"AI Generatif diketahui menyediakan maklumat yang tidak boleh dipercayai. Walaupun memiliki sejumlah besar data latihan, ia lebih teruk dalam mengendalikan semakan fakta kontemporari.

"Ia berkemungkinan akan menghasilkan lebih banyak maklumat salah dan bukannya membetulkannya. Kerajaan melakukan usaha yang sia-sia," kata Loh yang merupakan Pengarah Pengarah Peace, Justice and Stronger Institutions Impact Lab di Universiti Taylor.

Dia berkata adalah lebih baik sekiranya kerajaan menggunakan sumber dengan menganjurkan latihan dan kesedaran literasi media digital.

Ketika mengumumkan perkara itu semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata portal itu akan diperluaskan dari segmen khas ‘Biar Betul!’ yang ditayangkan di saluran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM).

Dia berkata ia akan membolehkan bahan scam, kandungan palsu dan berita fitnah dibongkarkan setiap hari.

Menurut Fahmi, platform baru itu akan menggembeleng kemampuan bersama platform sedia ada antaranya SEBENARNYA.MY di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan MyCheck.My, diuruskan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan ‘Biar Betul!’ untuk memudahkan rakyat membuat pencarian dan mengesahkan sebarang maklumat yang diterima.

Pengarah Kryss Network:Angela M Kuga Thas turut berkongsi kebimbangan Loh, dengan mengatakan bahawa oleh kerana AI boleh digunakan untuk mencipta deepfake dan maklumat salah lain, ia tidak seharusnya digunakan untuk menggantikan pemikiran kritis manusia dan penilaian maklumat yang mereka terima melalui ekosistem maklumat.

"AI mempunyai kelebihan yang jelas untuk memajukan penjagaan kesihatan seperti menjadikan kenderaan mesra orang kurang upaya dan meningkatkan kebolehcapaian kepada penjagaan kesihatan.

"Jangan menyalahgunakan atau menyelewengkan penggunaan AI, terutamanya berkaitan dengan maklumat dan keselamatan negara," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS