Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pengisytiharan harta: Mahathir antara individu yang disiasat - SPRM
Diterbitkan:  Apr 25, 2024 3:33 PM
Dikemaskini: 7:33 AM

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata ekoran penyiasatan itu, kedua-dua anaknya juga telah diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

“Saya tidak berhasrat untuk memperincikan lagi maklumat lanjut berhubung kes itu, tentang apa kesalahan yang dilakukan kesemua mereka.

“Biarkan SPRM meneruskan siasatan terlebih dahulu sehingga saya fikirkan satu masa yang sesuai untuk kita nyatakan hasil dapatan kes siasatan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat SPRM cawangan Gua Musang yang baharu di tingkat 1, Bangunan Persekutuan daerah itu, hari ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS