Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PRM kemuka 6 tawaran untuk penduduk Kuala Kubu Bharu

PRK KKB | Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini melancarkan manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu yang mengandungi enam tawaran.

Antara tawaran itu ialah menubuhkan hab teknologi tumbuhan herba bagi tujuan perubatan tradisional, menggalakkan warga Kuala Kubu Bharu terlibat dengan aktiviti ekonomi ekopelancongan serta memastikan infrastruktur kemudahan awam, bangunan kerajaan, balai polis dan sistem perparitan dalam keadaan baik dan selamat.

Turut terkandung dalam manifesto itu ialah meningkatkan peruntukan kebajikan kepada keluarga penjawat awam yang bergred rendah, wanita, warga emas dan orang kurang upaya serta kanak-kanak.

Calon PRM Hafizah Zainuddin ketika dihubungi Bernama berkata manifesto itu dilancarkan pada kongres nasional ke-53 parti itu yang berlangsung di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur.

Proses PRK Kuala Kubu Bharu, yang memasuki hari kedua, menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan bekas setiausaha akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pang Sock Tao (PH), pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 11 Mei manakala pengundian awal pada 7 Mei.

-Bernama

Lihat Komen
ADS