Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mayat pesara tentera ditemukan dalam semak
Diterbitkan:  Apr 30, 2024 11:30 AM
Dikemaskini: 3:30 AM

Mayat pesara tentera ditemukan di dalam semak di Kampung Lembaga, Rancangan Pemulihan Tanah Kesedar Sungai Terah di Gua Musang semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mangsa Wan Yusof Wan Jaafar, 48, dipercayai maut selepas basikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam semak itu.

Beliau berkata mayat mangsa ditemukan pada 2.30 petang dalam keadaan terbaring berhampiran basikalnya.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai keluar beriadah dengan mengayuh basikal seorang diri pada kira-kira 8 pagi.

“Bagaimanapun mangsa tidak pulang ke rumah pada waktu kebiasaan malah isterinya gagal menghubungi mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan serangan jantung (Coronary Artery Disease) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS