Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jakim buka talian khas terima aduan hina Islam
Diterbitkan:  May 2, 2024 3:52 PM
Dikemaskini: 7:52 AM

Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam termasuk yang dicetuskan menerusi laman media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata Jakim juga akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) serta pihak berkaitan untuk menangani isu penghinaan agama Islam.

“Masyarakat awam boleh membuat aduan serta laporan berkaitan apa-apa isu penghinaan terhadap agama Islam di talian WhatsApp 017-3234533 atau e-mel ke [email protected].

“JPM (Hal Ehwal Agama) secara konsisten memberikan penegasan akan sentiasa memelihara kesucian serta ketinggian agama Islam. Mana-mana pihak yang didapati melakukan sebarang tindakan menghina Islam perlulah dibawa ke muka pengadilan sebagai pengajaran kepada semua pihak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Na’im dalam masa yang sama turut menyeru semua pihak untuk sentiasa bertanggungjawab dalam setiap tindakan bagi memelihara perpaduan dan keharmonian dalam negara.

“Apa-apa bentuk provokasi dan tindakan ekstrem perlu dihentikan. Perpaduan adalah nikmat yang perlu dipertahankan demi mencapai cita-cita Membangun Malaysia Madani,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS