Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
17 NGO India KKB nyatakan sokongan pada calon PH

Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Bharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, 11 Mei ini.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.

Antara NGO berkenaan adalah Kuala Kubu Bharu Hindu Sanggam, Pertubuhan Kebajikan Komuniti Muhibah Hulu Selangor, Persatuan Penduduk Taman Musabika, Pertubuhan Kesenian dan Kebudayaan Hulu Bernam, Kuil Sri Maha Mariamman, Batu 4, Ladang Sungai Jernih dan Kuil Sri Maha Mariamman, Batu 5, Kuala Kerling.

Turut menyokong adalah Pertubuhan Sosial dan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Selangor, Persatuan Perpaduan Hulu Selangor, Persatuan Belia Sinaran Suria Hulu Selangor, Kelab Bola Sepak BKB, Persatuan Pembanguan Masyarakat India Felda Gedangsa, Persatuan Pembangunan Minda Kebangsaan dan Pusat Sivanantha Divine Life Society Kuala Kubu Bharu.

PRK KKB, yang bermula 27 April lepas, menyaksikan Pang ditentang oleh Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) serta Nyau Ke Xin (Bebas).

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS