Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wakil AS: Sekatan ke atas syarikat Malaysia beri kesan

WAWANCARA l Sekatan yang dikenakan pada Disember lalu ke atas empat syarikat dari Malaysia yang didakwa membantu pengeluaran dron Iran memberi kesan, kata Setiausaha Rendah Perbendaharaan bagi Keganasan dan Perisikan Kewangan Amerika Syarikat (AS), Brian Nelson.

Bercakap pada wawancara dengan beberapa media terpilih Malaysia, termasuk Malaysiakini, Nelson enggan mengulas mengenai senario terburuk yang boleh berlaku kepada negara ini.

Brian Nelson

“Kunjungan ini adalah untuk menyedarkan Malaysia tentang kebimbangan kami dan kami bekerjasama dengan mereka untuk menangani kebimbangan tersebut.

“Malaysia jelas tidak mahu institusi kewangan dan industri perkapalannya disalahgunakan oleh negara penyangak.

"Kami tidak mahu itu kerana kepentingan kedudukan  Malaysia, sebagai negara perdagangan dan sebagai pusat kewangan serta memandangkan kehadiran perniagaan Amerika yang ketara di sini," katanya.

Nelson menambah bahawa jabatannya berusaha untuk bekerjasama dengan rakan kongsi kerana mereka mendapati itu adalah cara paling berkesan untuk menangani cabaran berkaitan pengubahan wang haram atau pembiayaan keganasan.

"Tetapi pada akhirnya, kami juga sentiasa bersedia untuk menggunakan alat dan kuasa kami yang perlu Perbendaharaan tangani cabaran tersebut.

"Tetapi aturan pertama urusan adalah bekerjasama dengan rakan kongsi untuk, sekali lagi, memaklumkan mereka tentang risiko yang kami lihat, dan mengadakan perbincangan secara ikhlas ​​dan terbuka tentang risiko tersebut," katanya.

Dia menambah bahawa sekatan yang dikenakan ke atas empat syarikat itu bertujuan menggalakkan perubahan tingkah laku atau sikap, dan jika perubahan sedemikian menjadi kenyataan, syarikat tersebut boleh merayu untuk digugurkan daripada senarai sekatan.

"Sekatan akan menyaksikan wang dalam akaun AS atau akaun dengan koresponden AS disekat atau dibekukan, sekali gus menghalang syarikat itu daripada mengakses dana.

"Dan ini sangat mengganggu keupayaan kamu untuk melakukan perniagaan rentas sempadan kerana sangat, sangat sukar untuk mengelakkan daripada terbabit atau berurusan dengan sistem kewangan AS," katanya.

“Dari perspektif itu, kami fikir, ia memberi kesan tetapi saya fikir perkara yang lebih memberi kesan pada penghujung hari adalah perkongsian dengan bidang kuasa dan keupayaan untuk membuat pencegahan pengubahan wang haram dan menentang pembiayaan 'rejim' keganasan lebih berdaya tahan," tambahnya.

Nelson berada di Malaysia dan Singapura dalam lawatan empat hari untuk menjalankan perbincangan berterusan dengan rakan kongsi utama mengenai kepentingan tindak balas global yang bersatu terhadap ancaman kritikal.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS