Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Thailand ambil langkah lebih tegas terhadap penggunaan kanabis

Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin telah mengarahkan agensi kerajaan untuk mengambil langkah yang lebih tegas terhadap dadah, khususnya kanabis.

Srettha berkata bahawa masalah dadah adalah agenda nasional yang memerlukan kerjasama semua agensi untuk membanteras dadah.

Dia juga menggesa Kementerian Kesihatan Awam untuk mengeluarkan peraturan yang jelas yang membenarkan penggunaan tumbuhan itu hanya untuk tujuan perubatan dan berkaitan dengan kesihatan.

"Masalah dadah adalah keutamaan kerajaan kerana ia merosakkan masa depan negara dan semua pihak mesti bekerjasama untuk membanteras dadah. Saya juga meminta agar ada kemajuan yang jelas dilaporkan dalam tempoh 90 hari," katanya di X.

Srettha pada Rabu mempengerusikan mesyuarat dengan Menteri Dalam Negeri Thailand, Anutin Charnvirakul, Menteri Kesihatan Awam Somsak Thepsutin, Menteri Kehakiman Tawee Sodsong serta eksekutif agensi yang berkaitan untuk membincangkan masalah dadah di seluruh Thailand.

Dia berkata Kementerian Kehakiman, Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik dan Biro Penindasan Narkotik akan bekerjasama memberkas pengedar dadah dan merampas aset mereka untuk menutup rangkaian dadah.

Thailand membenarkan penggunaan Kanabis pada tahun 2022, walaupun merokok di tempat awam, penjualan kepada kanak-kanak dan wanita hamil telah diharamkan.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS