Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dua terperangkap, kereta dihempap pokok di Alor Setar
Diterbitkan:  May 16, 2024 6:56 PM
Dikemaskini: 10:56 AM

Dua terperangkap selepas kereta dinaiki mereka dihempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan Datuk Kumbar di Alor Setar petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata pihaknya yang menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.43 petang tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian.

Dalam kenyataan di Alor Setar beliau berkata sebaik tiba di lokasi, didapati ada sebatang pokok yang tumbang dan menghempap dua kereta.

Beliau berkata dua lelaki berumur 38 dan 61 tahun yang terperangkap dalam kenderaan itu telah berjaya dibawa keluar dari kenderaan masing-masing dengan bantuan orang ramai sebelum ketibaan bomba, dan mereka tidak mengalami kecederaan.

"Pokok berkenaan tidak menghalang lalu lintas dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.04 petang," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS