Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis keluarkan lakaran suspek simbah asid Faisal Halim
Diterbitkan:  May 19, 2024 11:59 PM
Dikemaskini: 3:59 PM

Polis Diraja Malaysia hari ini mengeluarkan lakaran wajah, suspek yang dipercayai terlibat dalam kes menyimbah asid kepada pemain bola sepak pasukan Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata suspek yang terlibat dalam kes yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei itu, mempunyai ketinggian 165 sentimeter, berusia lingkungan 30 tahun, bertubuh sederhana dan berkulit sawo matang.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat individu berwajah seperti lakaran tersebut, diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Ins M Jagachandran, di talian 012-684 8166 / 03-2266 6071 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Pada 5 Mei, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat, selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.

Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira 5 petang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS