PM larang menteri, timbalan menteri terajui badan sukan
Semua menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen dilarang daripada memegang jawatan dalam persatuan sukan, berkuatkuasa serta merta.
Semua menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen dilarang daripada memegang jawatan dalam persatuan sukan, berkuatkuasa serta merta.
Arahan tersebut dibuat oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam mesyurat kabinet hari ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said.
Katanya, Perdana Menteri mengeluarkan arahan tersebutkerana beliau tidak mahu mereka dibebani dengan terlalu banyak tanggungjawab.
Arahan itu bagaimanapun tidak melibatkan menteri besar dan ketua menteri, kata Azalina kepada Bernama.
Anggota kabinet lain yang terlibat ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (Presiden Persatuan Ekuestrian Malaysia), dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik (Naib Presiden Persekutuan Wusyu Antarabangsa).
Manakala Timbalan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Datuk Anifah Aman, pula adalah Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia.
Arahan itu mendapat reaksi berbelah bahagi daripada pemimpin sukan.
Setiausaha Majlis Olimpik Malaysia Datuk Sieh Kok Chi berkata Perdana Menteri mempunyai alasannya tersendiri dalam mengeluarkan arahan itu kerana mereka yang terlibat dalam badan-badan sukan, khususnya di peringkat nasional, perlu menumpukan banyak masa kepada tanggungjawab itu.
Sedangkan, katanya, pada masa yang sama mereka mempunyai beban tugas yang berat di kementerian masing-masing.
Setiausaha Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) Chan Foong Keong berkata persatuan itu adalah antara yang merasai kesan daripada arahan itu kerana
presidennya adalah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy.

