Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Puting beliung, taufan membadai AS: 18 maut termasuk kanak-kanak
Diterbitkan:  May 27, 2024 1:25 PM
Dikemaskini: 5:25 AM

GLOBAL | Bilangan yang terkorban akibat taufan dan puting beliung di empat negeri Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 18 orang termasuk kanak-kanak, lapor Sputnik memetik laporan CNN pada Isnin.

Badai kuat melanda Texas, Oklahoma, Arkansas dan Kentucky malam tadi, menurut laporan itu. Pihak berkuasa memberi amaran kepada jutaan penduduk di Arkansas, Illinois, Indiana, Kentucky, Missouri dan Tennessee mengenai ancaman puting beliung yang berterusan.

Menurut portal pemantauan poweroutage.us, hampir 500,000 pelanggan dari Texas ke Virginia dan Pennsylvania terputus bekalan elektrik.

- Bernama-Xinhua


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS