Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkannya mengemukakan dokumen kelahiran atau kerakyatannya sebelum kes samannya terhadap kerajaan Malaysia dan tiga orang lagi, dapat diteruskan.

Menurut salah seorang peguamnya, Darshan Singh Khaira (foto), rayuan tersebut difailkan di kamar Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah di bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Empat orang lagi peguam Chin Peng ialah Raja Aziz Addruse, Chan Kok Keong, Patrick Leong dan Yau Wai Leong. Raja Aziz yang merupakan bekas presiden Majlis Peguam Malaysia, adalah peguam terkemuka dalam undang-undang mengenai perlembagaan dan hak asasi manusia.

Chin Peng menamakan kerajaan Malaysia, menteri dalam negeri, ketua polis negara dan ketua angkatan tentera sebagai defenden. Mereka diwakili oleh peguam persekutuan Azizah Nawawi dan Suzana Atan.

Para defenden belum memfailkan afidavit pembelaan masing-masing walaupun kes tersebut telah difailkan oleh Chin Peng lebih dua tahun lalu, pada 4 Mac 2005 di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Tiada peruntukan

Darshan juga memberitahu malaysiakini bahawa di bawah under Artikel 3 Perjanjian Antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaysia (PKM) Untuk Menamat Permusuhan, tiada terdapat peruntukan atau keperluan untuk Chin Peng mengemukakan dokumen kelahiran atau kewarganegaraan sebagai syarat untuk pulang ke Malaysia.

Article 3 tersebut berbunyi (Tinggal di Malaysia) berbunyi:

* 3.1 Anggota Parti Komunis Malaya dan anggota unit bersenjatanya yang telah dibubarkan, yang berasal dari Malaysia dan ingin menetap di Malaysia, hendaklah dibenarkan berbuat demikian mengikut undang-undang Malaysia.

* 3.2 1 Anggota Parti Komunis Malaya dan anggota unit bersenjatanya yang telah dibubarkan, yang bukan berasal dari Malaysia, mungkin boleh dibenarkakan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia, jika mereka mahu berbuat demikian.

Perjanjian tersebut adalah satu daripada dua bahagian Perjanjian Damai 1989 yang ditandatangani secara rasmi dan secara terbuka antara KPM dengan Kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1989 di Haadyai, Thailand.

Satu bahagian lagi ialah perjanjian pentadbiran antara kerajaan Malaysia dan PKM susulan kepada Perjanjian Untuk Menamatkan Permusuhan.

Tiga pemimpin yang menandatangani tangani Perjanjian Damai 1989 bagi pihak PKM ialah Chin Peng (setiausaha agung), Abdullah CD (pengerusi) dan Rashid Maidin (anggota jawatankuasa pusat).

Balik ke Malaysia

Dalam Perjanjian Damai 1989 itu, PKM juga bersetuju menamatkan aktiviti bersenjata dan membubarkan unit bersenjatannya.

Sejak Perjanjian Damai 1989 ditandatangani, ramai bekas anggota unit bersenjata PKM seperti Ibrahim Chik telah pulang dan menetap di Malaysia. Manakala pemimpin PKM terkemuka yang lain yang telah melawat Malaysia termasuklah Rashid, Abdullah CD, Suriani Abdullah dan Abu Samah Mohd Kassim.

Suriani dilahirkan di Setiawan dan dikenali sebagai Eng Ming Ching, sebelum berkahwin dengan Abdullah CD. Dia juga adalah satu sekolah dengan Chin Peng - Sekolah Nan Hwa di Setiawan.

Dalam memoirnya yang bertajuk Setengah Abad Perjuangan, Suriani menceritakan dia dan suaminya pernah mengadap Sultan Azlan Shah di istananya di Perak pada 1990-an ketika mereka melawat Malaysia.

Darshan juga menegaskan bahawa mahkamah sepatutnya boleh menerima testimoni dari saudara mara Chin Ping dan sahabat handainya untuk tujuan tersebut.

Malaysiakini difahamkan, para peguam Chin Peng sedang menyediakan testimoni tersebut dalam bentuk afidavit bersumpah.

Dalam memoirnya - Alias Chin Peng: My Side of History (Singapore, Media Masters, 2003), Chin Peng menulis bahawa dia dilahirkan di pekan Setiawan Perak pada 21 Oktober 1924.

Semalam, malaysiakini melaporkan bahawa dua ahli sejarah terkenal dunia yang pakar dalam sejarah Empayar British di Asia - Christopher Bayly and Tim Harper - menegaskan dalam buku mereka Forgotten Wars: The End of Britain's Asian Empire, fakta bahawa bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) dilahirkan di Sitiawan, Perak.