Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyambut baik siasatan SPRM terhadap program Transit Responsif Atas Permintaan (DRT) yang melibatkan suaminya, Ramachandran Muniandy, sebagai pengasas bersama Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti).
Asia Mobiliti dilantik oleh kerajaan Selangor sebagai satu daripada dua syarikat untuk menjalankan projek perintis percubaan bas atas permintaan selama sembilan bulan.
“Sekarang siasatan telah bermula, saya mahu melihat kebenaran dan bukti yang mewajarkan dakwaan untuk keluar daripada siasatan ini," katanya pada hantaran di Instagram.
"Oleh itu adalah tidak wajar untuk saya mengulas kerana ia boleh ditafsirkan sebagai gangguan terhadap siasatan yang sedang dijalankan.
"Sebenarnya atas sebab inilah saya tidak berkata apa-apa lebih awal kerana pada pandangan saya cara terbaik ke hadapan dalam menangani dakwaan tersebut ialah menyerahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk menyiasatnya.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menghubungi saya untuk bersolidariti," katanya lagi.
