Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bapa kanak-kanak pandu kereta di Sibu disaman
Diterbitkan:  Jun 6, 2024 9:42 AM
Dikemaskini: 1:42 AM

Bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang memandu sebuah kenderaan secara bersendirian di Sibu, Sarawak, telah dikenakan tindakan saman oleh polis.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata saman itu dikeluarkan mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibuat setelah kanak-kanak berkenaan berjaya dikesan kira-kira 6.50 petang semalam.

Menurutnya kanak-kanak terbabit dan ibu bapanya dibawa ke pejabat Polis Trafik Sibu untuk siasatan.

“Hasil siasatan mendapati pemandu kereta tersebut iaitu kanak-kanak lelaki berkenaan menghidap autisme dan mempunyai rekod perubatan di Klinik Pakar Psikiatri Hospital Sibu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya polis mendapat maklumat berhubung video berdurasi 30 saat yang tular di laman sosial kira-kira 3 petang semalam menunjukkan kanak-kanak berkenaan memandu kereta secara bersendirian di Jalan Kampung Nyabor.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS