Masyarakat Cina masih perlukan SJKC, kata Ka Ting
Masyarakat Cina di negara ini masih memerlukan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) agar anak-anak mereka dapat belajar bahasa ibunda, kata Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting.
Masyarakat Cina di negara ini masih memerlukan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) agar anak-anak mereka dapat belajar bahasa ibunda, kata Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting.
"Ini ada keperluan asas pembelajaran sebelum anak mereka melangkah ke sekolah menengah.
"Sebab itulah kebanyakan ibu bapa masyarakat Cina masih menghantar anak mereka ke SJKC untuk mendapat pendidikan asas Cina dalam
tempoh enam tahun," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas melakukan pecah tanah tapak bangunan baru SJKC di Nilai hari ini, beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, kewujudan SJKC dapat menerapkan nilai murni serta falsafah dan tradisi dalam kalangan masyarakat Cina, demikian menurut laporan Bernama
Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Hon Choon Kim; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Alam Sekitar, Sumber Manusia dan Pengaduan Awam negeri, Datuk Peter Lai Yit Fee dan pengerusi eksekutif BBN, Tan Sri Gan Kong Seng.
Kos RM8 juta
Ong berkata, selepas belajar selama enam tahun di SJKC, 85 peratus murid SJKC ini akan belajar pula di sekolah menengah kebangsaan di bawah Jabatan Pelajaran.
"Ini adalah hakikatnya mengapa ibu bapa masih gemar menghantar anak mereka ke SJKC," katanya.
SJKC Ladang Bukit Kledek sebelum ini terletak di daerah Tampin dan dipindahkan ke BBN setelah menghadapi masalah kekurangan murid.
SJKC Ladang Bukit Kledek yang baru terletak di kawasan seluas 2.43 hektar. Kos tanah dan pembinaannya yang dianggarkan RM8 juta dibiayai
pemaju BBN.
Apabila siap kelak, sekolah itu akan mempunyai dua blok darjah dua tingkat, sebuah blok pentadbiran dua tingkat, sebuah kantin dan sebuah dewan.

