Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Syarikat tunda kenderaan, bahan binaan jangan keterlaluan naikkan harga'
Diterbitkan:  Jun 11, 2024 2:40 PM
Dikemaskini: 6:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh memberi amaran kepada syarikat tunda kenderaan dan pengeluar bahan binaan agar tidak keterlaluan menaikkan harga susulan penyasaran subsidi diesel.

Sambil mengesahkan syarikat terbabit tidak layak menerima subsidi bahan api itu, Fuziah berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan.

“Mereka harus berhati-hati menaikkan harga. Sekiranya tidak berhati-hati mungkin akan dikira mencatut (ambil keuntungan yang tidak munasabah).

“KPDN tidak akan teragak-agak ambil tindakan bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Fuziah berkata terdapat pengecualian untuk lori tunda atau lori simen menggunakan kepala lori penggerak utama, yang layak mendapat subsidi diesel.

Terdahulu, FMT melaporkan syarikat penunda kenderaan dan pengeluar bahan binaan menaikkan harga perkhidmatan susulan peningkatan harga diesel daripada RM2.15 seliter kepada RM3.35 seliter.

Sekurang-kurangnya dua pengeluar bahan binaan, DPG Readymix Sdn Bhd dan LCS Marketing Sdn Bhd, mengesahkan kepada FMT pihak syarikat menaikkan harga selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS