Pengasas PKR Syed Husin Ali berada dalam keadaan kritikal dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Selayang.

Perkara itu dimaklumkan anaknya Muhammad Ali dalam satu mesej ringkas kepada media hari ini.

“Salam, ini Muhammad Ali anak kepada Syed Husin.

"Sekadar ingin maklumkan keadaan abah (Syed Husin) merosot secara tiba-tiba.

"Dia boleh dikatakan tidak sedar keadaan sekeliling dan berada dalam keadaan kritikal,” katanya.

Syed Husin pernah menjadi timbalan presiden PKR susulan penggabungan Parti Rakyat Malaysia.

Dia juga merupakan timbalan presiden kepada Parti Keadilan Nasional pada 2003.

Syed Husin, 88 salah seorang pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga bekas profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya dan menjadi timbalan presiden PKR pada 2003-2010.

Sementara itu, bekas naib presiden PKR Tian Chua antara yang hadir menziarahi Syed Husin di Hospital Selayang hari ini.

Tian Chua berkongsi perkara itu di media sosialnya.