Polis S'pura kerjasama dengan bank sekat penipuan
Diterbitkan: Jul 7, 2024 5:46 PM
Pasukan Polis Singapura bekerjasama dengan enam bank untuk menggendalakan lebih 2,800 penipuan dari 1 Mei hingga 30 Jun, menurut kenyataan polis yang dilaporkan Xinhua.
Polis dan bank komersial memaklumkan kepada mangsa untuk menghentikan pemindahan wang selepas mengesan penipuan pekerjaan, pelaburan, rakan palsu atau e-dagang dengan teknologi pemprosesan automasi robotik.
Mereka menghantar hampir 14,000 mesej ringkas kepada lebih 9,800 mangsa penipuan dan berjaya mengelakkan kerugian kewangan melebihi S$47 juta (AS$35 juta), kata polis.
-Bernama
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/05/d7561d1f320e53491ba5e50e61661776.jpg)
