Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bapa kadet TLDM yang mati dibunuh akan buat laporan polis esok
Diterbitkan:  Jul 31, 2024 12:31 PM
Dikemaskini: 4:31 AM

Bapa pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), J Soosaimanicckam yang mati ketika menjalani latihan di KD Sultan Idris, Lumut, enam tahun lalu akan membuat laporan polis susulan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang memutuskan kematian itu sebagai kes homisids.

Joseph Sinnappan akan membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya esok pada jam 10.30 pagi.

Dua hari lalu, Hakim Abdul Wahab Mohamed, mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner pada 16 Jun tahun lalu yang memutuskan 'keputusan terbuka' berhubung inkues bagi menentukan punca kematian pegawai kadet berkenaan pada 19 Mei 2018.

Dalam satu kenyataan media hari ini, peguam keluarga mendiang, Zaid Malek mengesahkan satu laporan polis akan dibuat esok.

"Berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi, keluarga Sossaimanickam akan menuntut supaya siasatan kes pembunuhan dijalankan terhadap TLDM," kata peguam itu.

Soosaimanicckam dilaporkan meninggal dunia di pangkalan tentera laut KD Sultan Idris Lumut pada 19 Mei 2018.

Kematian itu berlaku tujuh hari selepas dia melaporkan diri ke pangkalan tentera laut untuk menjalani latihan kelayakan pegawai.

Hakim Abdul Wahab memutuskan bahawa kematian pegawai berusia 27 tahun itu adalah akibat langsung daripada pegawai tentera laut yang bertanggungjawab terhadap latihannya.

Menurutnya, pegawai tentera laut tersebut telah menafikan si mati daripada mendapatkan rawatan perubatan untuk leptospirosis (penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang menyerang manusia dan haiwan) sehingga menjurus kepada punca kematian.

Pada 19 Mei 2018, kematian lelaki berusia 27 tahun itu disahkan di Hospital Tentera Lumut.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS