Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saya masih MB Perlis - Shukri
Diterbitkan:  Aug 14, 2024 8:47 AM
Dikemaskini: 12:48 AM

Mohd Shukri Ramli berkata beliau masih menteri besar Perlis dan menjalankan tugasnya seperti biasa.

Menteri besar Perlis itu berkata beliau enggan melayan sebarang isu yang hanya bersumberkan media sosial seperti laman X.

"Saya tidak mahu layan isu yang bersumberkan Twitter (kini X) sahaja.

"Saya masih memegang amanah sebagai menteri besar dan melaksanakan tugas seperti biasa," katanya ringkas kepada Bernama malam tadi.

Mohd Shukri mengulas hantaran seorang pengguna X yang mendakwa beliau ‘diarahkan’ untuk letak jawatan.

- Bernama


BACA BERKAITAN:

MB Perlis: Dia baru didakwa, belum disabit bersalah

Letak jawatanlah MB Perlis - Puad


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS