Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Malaysiakini nafi siar laporan 'pengundi Nenggiri tolak masuk syurga'
Diterbitkan:  Aug 19, 2024 4:32 PM
Dikemaskini: 8:32 AM

Malaysiakini menafikan menyiarkan laporan dengan tajuk “Saya amat terkilan dan sedih pengundi Nenggiri tolak syurga- Tuan Ibrahim” seperti yang disebarkan di media sosial.

Malaysiakini sebaliknya menjelaskan ia merupakan berita palsu yang dibuat seakan sama seperti laman portalnya.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengongsikan tangkapan layar “laporan” tersebut dan menafikan ada membuat kenyataan seumpama itu.

"Palsu. Penafian terhadap sebaran berita berikut oleh akaun yang tidak bertanggungjawab," katanya di Facebook.

Perkaitan antara undi dan syurga pernah dibuat oleh sesetengah pemimpin PAS sebelum ini dan ia juga dijadikan sindiran oleh seterunya.

Pada Sabtu lalu, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani daripada BN menang dalam PRK Nenggiri selepas menumpaskan calon PN Mohd Rizwadi Ismail dengan perbezaan 3,352 undi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS