Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Siasatan SPRM ke atas anak Daim adil, ikut peruntukan undang-undang
Diterbitkan:  Aug 23, 2024 5:46 PM
Dikemaskini: 9:53 AM

SPRM menyangkal dakwaan bahawa ia melanggar undang-undang apabila menyoal siasat anak bekas menteri kewangan Daim Zainuddin untuk beberapa jam tanpa membenarkan sebarang kehadiran peguam.

“SPRM ingin menegaskan bahawa suruhanjaya ini menjalankan fungsi dan tugasannya dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan komited untuk menghormati hak undang-undang individu yang terlibat dalam kes yang sedang disiasat. 

“SPRM tidak bertindak sewenang-wenangnya untuk menghalang wakil guaman dan sentiasa mematuhi undang-undang dalam semua proses siasatannya,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan petang ini.

Awal hari ini, peguam Rajesh Nagarajan  yang mewakili Wira Dani Abdul Daim mendakwa anak guamnya dinafikan hak untuk mendapatkan wakil guaman walaupun berulang kali memintanya daripada pegawai SPRM.

Malah, menurut Rajesh, anak guamnya diancam untuk segera ditahan jika dia terus membuat permintaan itu.

Mengulas lanjut, SPRM menjelaskan Wira Dani telah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di bawah Seksyen 30(1) Akta SPRM 2009 untuk memberikan keterangan sebagai saksi dalam siasatan yang sedang dijalankan.

Malah, menurut SPRM, dalam hal berkaitan, terdapat keputusan kes duluan (precedent case) yang membenarkan penangguhan sementara hak wakil guaman semasa prosedur siasatan tertentu. 

“Dalam kes ini pula, pegawai penyiasat SPRM percaya bahawa kehadiran peguam Wira Dani boleh menjejaskan siasatan. 

“Perlu diingatkan bahawa walaupun Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan menjamin hak perwakilan peguaman dalam prosiding jenayah, hak ini tertakluk kepada pengecualian dan had tertentu,” kata SPRM.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS