Belanda denda Netflix kerana isu perlindungan data
Diterbitkan: Dec 19, 2024 8:30 AM
GLOBAL | Pihak Berkuasa Perlindungan Data Belanda (DPA) mengenakan denda sebanyak €4.75 juta (AS$5 juta) ke atas Netflix, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kata agensi berita itu, siasatan dimulakan oleh pengawal selia itu pada 2019 dan mendapati penyedia penstriman berkenaan gagal memberikan maklumat yang jelas kepada pelanggan dalam kenyataan privasinya mengenai bagaimana data mereka digunakan.
Pelanggan juga, lapor dpa, tidak menerima maklumat yang mencukupi apabila mereka bertanya kepada Netflix tentang data yang dikumpulkan syarikat itu mengenai mereka.
- Bernama/dpa
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/09/3dd55e5a662d6f964c2ba94b42140e45.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.