Perbuatan koyak kain rentang berlaku di UM
Dalam perkembangan terbaru dalam kempen pilihanraya kampus di Universiti Malaya (UM), kumpulan pelajar 'anti-establishment' mendakwa pihak berkuasa universiti telah membenarkan lawan mereka dari kumpulam 'pro-establishment' menggunakan van milik UM.
Dalam perkembangan terbaru dalam kempen pilihanraya kampus di Universiti Malaya (UM), kumpulan pelajar 'anti-establishment' mendakwa pihak berkuasa universiti telah membenarkan lawan mereka dari kumpulam 'pro-establishment' menggunakan van milik UM.
Kira-kira jam 6.30 pagi semalam, pelajar tahun tiga, Nor Hafiz Oslan dan empat orang lagi ahli Persatuan Pelajar Islam Malaysia (PMI) ternampak tujuh pelajar sedang mengoyak sepanduk kain rentang kempen pilihanraya kampus milik kumpulan 'anti-establishment'.
Pilihanraya kampus akan berlangsung di kesemua 17 universiti awam esok untuk memilik perwakilan pelajar bagi tahun akan datang dari kalangan calon kumpulan pro atau anti-establishment.
Tujuh pelajar berkenaan, yang dikatakan dari kumpulan 'pro-establishment', dilihat bergerak menggunakan van milik Koleh Kediaman Ketiga UM.
Nor Hafiz terus menghubungi dua pegawai keselamatan untuk mendapatkan bantuan - kumpulannya juga cuba menghalang van tersebut dengan motosikal mereka daripada meninggalkan tempat tersebut.
Bagaimanapun, pemandunya tidak berhenti dan melanggar Nor Hafiz, menyebabkan dia cedera ringan pada tangan kirinya.
Kumpulannya kemudiannya mendapatkan bantuan pegawai berkenaan untuk membawa pemandu dan penumpang van tersebut ke pejabat keselamatan, tetapi Nor Hafiz kurang yakin yang pihak berkuasa universiti akan mengambil sebarang tindakan.
Nor Hafiz turut membuat laporan di balai polis Jalan Bandar di Kuala Lumpur pagi ini, manakala Presiden PMI, Azlan Zainal berkata perkara itu mungkin di bawa ke mahkamah jika tindakan tidak diambil.
Ketika dihubungi hari ini, seorang ahli PMI, Ahmad Shahir (kanan) mendakwa, pemandu van tersebut tidak mempunyai lesen memandu.
"Bagaimanakah pihak universiti membenarkannya menggunakan kenderaan rasmi tanpa lesen memandu?" soalnya.
"Dan macam mana ia membenarkan kenderaan itu digunakan untuk aktiviti sedemikian? Ini adalah petanda jelas bahawa wujud kerjasama antara Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kumpulan 'pro-establishment'.
'Kemalangan kecil'
Timbalan Naib Canselor, Azarae Idris berkata, ia "hanyalah satu kemalangan kecil" dan menafikan bahawa ia membabitkan kenderaan milik universiti.
"Ia bukan van milik universiti, ia milik Kolej Kediaman Ketiga dan ianya bukan soal kumpulan 'pro-establishment lawan kumpulan 'anti-establishment'," katanya ketika dihubungi.
Beliau bagaimanapun mengelak menjawab apabila diminta menjelaskan perbezaan antara van universiti dan van milik kolej kediaman.
Azarae juga enggan menjawab apabila ditanya mengapa seorang pelajar tanpa lesen memandu dibenarkan menggunakan kenderaan tersebut.
Pilihanraya kampus sering dicemari oleh dakwaan penyelewengan dan gangguan di mana setiap tahun, kumpulan 'anti-establishment' mendakwa pihak berkuasa universiti bersikap tidak adil kepada calon dari kumpulannya.
Kumpulan 'pro-government' pula menuduh lawannya bersekongkong dengan parti aktivis sosial dan parti pembangkang.
Dalam tahun 2005, kumpulan 'anti-establishment' di lima universiti telah memboikot pilihanraya kampus. Berita asal

