Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Caruman KWSP bagi pekerja asing 2 peratus - PM
Diterbitkan:  Feb 3, 2025 2:48 PM
Dikemaskini: 6:48 AM

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peratus kepada pekerja asing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kadar itu lebih rendah berbanding cadangan awal sebanyak 12 peratus. 

“Tetapi terdapat kebimbangan ia akan meningkat, bermula pada 2 peratus kemudian naik kepada empat peratus dan enam peratus. 

“Ia bukan begitu. Kita kekalkannya pada 2 peratus, yang mana sangat minimum,” kata Anwar semasa menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata Kabinet menimbang cadangan daripada dewan perniagaan. 

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS