Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rangka manusia ditemui di ladang sawit di Port Dickson
Diterbitkan:  Feb 4, 2025 8:00 AM
Dikemaskini: 12:00 AM

Satu rangka manusia ditemui orang awam di sebuah ladang kelapa sawit di Siliau, Lukut, Port Dickson, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Muhamad Mustafah Hussin berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berkenaan penemuan itu kira-kira 10.10 pagi semalam.

"Penemuan itu disedari orang awam yang mahu membaiki paip bocor di kawasan itu, mereka menjumpai satu tengkorak dan beberapa tulang dipercayai anggota badan manusia," katanya dalam satu kenyataan.

Muhamad Mustafah berkata pemeriksaan di kawasan itu tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri, pakaian atau senjata selain tiada sebarang kesan perlakuan jenayah dikesan dengan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada Ketua Polis Balai Lukut Sub Inspektor Lim Hooi Boon di talian 06-6472222,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS