Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nazri: Kontrak saya tamat, bukan dipanggil pulang

Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Nazri Aziz telah mengesahkan kepulangannya ke tanah air secara tetap ke Malaysia dari Washington bulan ini.

Bercakap kepada Malaysiakini, Nazri bagaimanapun menafikan bahawa dia dipanggil pulang sebelum tamat tempoh perkhidmatannya.

Recall apa? Tiada hal seperti itu. Kontrak saya sudah tamat,” katanya.

Bekas menteri itu menjelaskan, tidak seperti diplomat kerjaya, dia menyertai kedutaan melalui pelantikan politik.

"Saya menandatangani kontrak dua tahun dengan kementerian luar dan kontrak saya tamat pada 8 Feb," katanya.

“Sebagai duta yang dilantik secara politik, saya telah diberikan Visa A2, yang tidak seperti visa 10 tahun biasa.

“Visa saya hanya sah selama dua tahun dan ia akan tamat pada 21 Feb, jadi saya akan meninggalkan AS pada 14 Feb,” kata bekas ahli parlimen Padang Rengas itu.

Awal hari ini, portal dalam talian MalaysiaNow memetik diplomat veteran Dennis Ignatius yang menggesa Putrajaya memanggil semula Nazri sebagai duta Malaysia ke AS, selepas dia dirakamkan memegang plakad pro-Donald Trump ketika menghadiri perhimpunan kemenangan untuk presiden AS itu bulan lalu.

Ignatius, yang kali terakhir berkhidmat sebagai duta Malaysia ke Kanada, dilaporkan menyifatkan Nazri - yang bergambar memegang papan tanda dengan slogan "Make America Great Again" (MAGA) Trump - sebagai "memalukan dan tidak profesional".

Gambar itu disiarkan pada 21 Jan oleh isteri Nazri, Haflin Saiful, yang sejak awal bulan lalu turut berkongsi pelbagai majlis perpisahan yang dianjurkan oleh kalangan diplomatik sebagai penghormatan kepada mereka.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS