Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nazri jalankan tugas duta dengan baik - Supol PM

Bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah melaksanakan tugas dengan baik sepanjang dua tahun perkhidmatannya di Washington, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.

Muhammad Kamil berkata hubungan dua hala antara Malaysia dengan AS dari sudut pelaburan dan perdagangan juga bertambah baik sepanjang tempoh berkenaan.

“Pelaburan baharu termasuk daripada Google umpamanya yang masuk ke negara ini membuktikan Malaysia kekal dengan dasar sedia ada walaupun dalam beberapa hal tertentu kita berpendirian jelas, khususnya berkaitan kekejaman Israel kepada penduduk Palestin dan Gaza.

Muhammad Kamil Abdul Munim.

“Malah, saya percaya hubungan baik ini akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang mengikut dasar yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya pada sidang media selepas program Sumbangan Kasih Madani Kembali ke Sekolah 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru di Padang Rengas, semalam.

Mohamed Nazri mula memegang jawatan Duta Besar Malaysia ke AS pada 9 Feb 2023, dan menurut kenyataan Kementerian Luar pemilihan itu berdasarkan pengalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara.

Semalam media melaporkan Mohamed Nazri mengesahkan kontraknya sebagai Duta Besar Malaysia ke AS tamat selepas dua tahun berkhidmat di Washington.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS