Pengarah Jabatan Komunikasi Strategik Pemuda PAS, Nazrul Nasir berkata, tidak seperti debat sebelum ini antara Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden dan rakan sejawatannya dari Amanah, Hasbie Muda pada 2023, topik yang dicadangkan untuk debat itu sudah pun "geli hati".
“Apapun, tajuk debat masa tu (pada 2023) sangat membuka minda, iaitu berkenaan survival ekonomi. Adalah manfaat sikit untuk rakyat.
“Kali ni, nak debat pasal betul ke Amanah ‘khadam’ DAP? Topik nak diajak debat pun dah geli hati, inikan pula nak berdebat.
“Apa manfaat untuk rakyat pun tak tahu. Bukan rakyat peduli pun Amanah khadam DAP ke tak," kata Nazrul dalam satu catatan di Facebook malam tadi.
Dia menjawab kenyataan Hasbie malam tadi yang mengingatkan Afnan bahawa mereka berdua pernah berdebat sebelum ini.
Afnan berkata demikian mengulas kenyataan Pemuda Amanah, yang mengatakan sekiranya seruan untuk berdebat itu tidak disambut Pemuda PAS, mereka akan meletakkan pasu bunga sebagai ganti.
"Parti Amanah? Itu saya tak bincang. Dengar kata, sayap pemuda mereka lebih senang berdialog dengan pasu bunga. Silakan. Itu paling layak dengan mereka,” kata Afnan.

Terdahulu, Pemuda Amanah dilapor menghantar jemputan itu kepada Pemuda PAS minggu lalu bagi mengadakan dialog berhubung tohmahan yang dilontarkan parti Islam itu kepada Amanah.
Mereka menetapkan dialog itu diadakan di Cyberjaya sama ada pada Selasa atau Rabu ini.
Amanah sentiasa diserang oleh PAS sebagai budak suruhan DAP.
Pemuda Amanah telah menghantar jemputan kepada rakan sejawatan PAS mereka minggu lepas, mencabar mereka untuk berdebat bagi menangani perkara tersebut,
Debat itu sepatutnya diadakan sama ada Selasa atau Rabu, tetapi setakat ini Pemuda PAS tidak menunjukkan sebarang kecenderungan untuk menerima jemputan itu.
