Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Suspek kes tembak Setia Alam maut ditembak polis
Diterbitkan:  Feb 18, 2025 8:23 AM
Dikemaskini: 1:20 AM

Suspek kejadian tembakan di sebuah pusat beli belah di Setia Alam dutembak mati polis semasa serbuan di sebuah hotel di Pulau Ketam, berhampiran Pelabuhan Klang.

Dalam serbuan jam 3 pagi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dan Bukit Aman hari ini, kejadian berbalas tembakan berlaku antara anggota polis dan suspek.

"Pasukan polis berjaya menembak seorang warga negara, dalam lingkungan umur pertengahan 30-an,” kata ketua polis Selangor Hussein Omar Khan dalam satu kenyataan.

Hussein menambah bahawa lelaki itu mempunyai sembilan rekod jenayah, termasuk tujuh kes samun dan satu kesalahan berkaitan dadah.

Polis turut menemui dua senjata api yang dimuatkan di dalam bilik hotel itu.

Pada 8 Feb kira-kira jam 10 malam, seorang lelaki melepaskan empat das tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, mencederakan seorang tukang cuci, selepas diarah memindahkan barang-barangnya. Dia dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Dia melarikan diri dari pusat beli belah itu sambil melepaskan beberapa lagi das tembakan dan memaksa seorang pemandu membawanya keluar dari kawasan itu, sebelum diturunkan berhampiran lebuh raya Kesas di Shah Alam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS