Ahli majlis exco kerajaan Negeri Pulau Pinang Fahmi Zainol mengesahkan bahawa dia tidak akan bertanding bagi calon ketua pemuda PKR pada pemilihan parti yang dijadualkan pada Mei ini.
Sebaliknya, Adun Pantai Jerejak itu yang tewas pada pemilihan 2022 bagi merebut jawatan yang sama itu berkata dia akan mempertahankan jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
"Saya tidak bertanding untuk ketua AMK Malaysia.
"Saya memilih untuk mengekalkan jawatan MPP," katanya kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas spekulasi bahawa dirinya akan mencuba nasib sekali lagi.

Sebelum ini, Fahmi yang juga bekas aktivis pelajar mencabar Adam Adli Abdul Halim pada pemilihan parti yang lalu.
Namun, dia tewas dan hanya memperolehi 9,850 undi berbanding timbalan menteri belia dan sukan itu yang mendapat 12,301 undi.
