Jurucakap Hamas terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
GLOBAL l Jurucakap Hamas Abdel-Latif al-Qanoua, terbunuh dalam serangan udara Israel sebelum subuh pada Khamis yang menyasarkan bandar Jabalia di utara Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Al-Qanoua syahid apabila tentera Israel menyerang khemahnya di kawasan Jabalia al-Balad," menurut saluran televisyen Al-Aqsa yang bersekutu dengan Hamas.

Sejak meneruskan serangan genosidnya di Gaza pada 18 Mac, Israel telah membunuh 830 rakyat Palestin dan mencederakan 1,787 yang lain, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza.
Kira-kira 124,000 rakyat Palestin sekali lagi terpaksa berpindah selepas Israel menyambung semula serangannya ke atas Gaza dan mengeluarkan "arahan pemindahan," menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sejak Oktober 2023, hampir 50,200 rakyat Palestin telah terbunuh, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 113,700 lagi cedera dalam serangan kejam tentera Israel di Gaza.
- Bernama-Anadolu
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/03/9be798693210e0464091322574220126.jpg)
