Ketua MIC bahagian Selayang, N Sivanyanam menafikan dakwaan bahawa beliau adalah ahli PKR, sambil mengkritik parti pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana gagal menangani kebimbangan masyarakat India.
Dalam kenyataan empat perenggan kepada *Malaysiakini*, beliau menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat menarik balik dakwaan tersebut.
“Saya menafikan menjadi anggota PKR,” kata Sivanyanam, yang telah membuat laporan polis balas berhubung perkara itu.
"Saya merupakan ketua bahagian MIC Selayang maka tiada keperluan untuk saya menyertai mana-mana parti politik lain.
"Lebih-lebih lagi PKR bukan pun parti (yang) membantu masyarakat India," katanya.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Chua, yang bertanding bagi jawatan ketua bahagian PKR Selayang, telah membuat laporan polis berhubung dakwaan keahlian Sivanyanam dalam parti itu.
[Berita penuh menyusul]
