Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemilihan PKR: Izzah cabar, Rafizi pertahan
Diterbitkan:  May 9, 2025 4:26 PM
Dikemaskini: 9:05 AM

Nurul Izzah Anwar mencabar PKR Rafizi Ramli bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR.

Setakat laporan ini dikemas kini, nama mereka telah pun tersenarai dalam laman web pencalonan parti.

Nama Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, yang juga disebut-sebut sebelum ini, belum tersenarai. 

Tidak pasti sama ada Saifuddin, yang tewas di tangan Rafizi dalam pemilihan lalu, akan sekali lagi bertanding jawatan itu atau tidak.

Saifuddin Nasution Ismail

Pencalonan bagaimanapun hanya akan ditutup pada jam 12 tengah malam ini.

Nurul Izzah setakat ini paling banyak mendapat sokongan terbuka daripada pelbagai peringkat dan negeri.

Antara mereka termasuk orang kanan Anwar, Shamsul Iskandar Md Akin serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.

Pencalonan Pemilihan PKR 2025 bagi peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), AMK dan Wanita berlangsung selama dua hari bermula semalam secara dalam talian.

Pengundian Pemilihan Peringkat Pusat dan Perasmian Kongres Nasional PKR 2024/2025 pula akan diadakan pada 23 Mei manakala Kongres Nasional PKR 2024/2025 pada 24 Mei.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS