Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Empat lelaki dikhuatiri hilang di Hutan Lahad Datu
Diterbitkan:  May 13, 2025 8:00 AM
Dikemaskini: 12:00 AM

Empat lelaki dikhuatiri hilang selepas masuk ke hutan di Tamaco, Tungku dekat Lahad Datu apabila mereka gagal dihubungi sejak Khamis lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Balai Polis Tungku bagi bantuan mencari orang hilang di hutan berkenaan.

Berdasarkan laporan awal, beliau berkata pengadu memaklumkan sepupunya, Fendery Ani, 37, bersama tiga rakan lain masuk ke hutan itu pada 4 petang 8 Mei lepas untuk mencari hasil hutan namun hingga kini tidak dapat dihubungi.

"Mereka tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi," menurutnya dalam kenyataan di Lahad Datu semalam.

Sumsoa berkata pengadu turut menghubungi penyelia dari Kem Cenderawasih di Lahad Datu yang dikenali sebagai Sarjan Wan pada 2 petang semalam dan difahamkan Fendery sepatutnya bertugas ketika itu.

Beliau berkata sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

"Maklumat tiga rakan Fendery belum diperoleh dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS